Berilmu..Beramal..Beristiqamah..

Majlis Perpisahan Pengetua

Tarikh > 30 September 2010 (Khamis)

Tempat > Dewan Ibnu Sina

 

Warga SMK. Seri Tualang telah mengadakan suatu majlis khas untuk meraikan majlis pertukaran Tuan Pengetua, Pn. Hajjah Amilia Bt. Musa ke SMK. Abu Bakar, Temerloh setelah 3 tahun berkhidmat di SMK Seri Tualang.

Majlis dimulakan dengan jamuan makan malam yang turut disertai oleh guru, kakitangan sekolah, AJK PIBG serta pelajar.

Suatu majlis doa selamat turut diadakan selepas Solat Maghrib bertempat di Masjid Jamek SMK. Seri Tualang bagi mendoakan kesejahteraan beliau mereruskan khidmat bakti di sekolah yang merupakan tempat bermulanya karier beliau sebagai seorang pendidik.

Pelbagai ucapan, persembahan dan sumbangan hadiah diadakan sebagai tanda penghargaan terhadap beliau sepanjang berkhidmat di SMK. Seri Tualang.

Pn.Hajjah Amilia yang juga merupakan seorang Pengetua Cemerlang DG54 kelihatan tenang ketika menyampaikan ucapan  perpisahan di Dewan Ibnu Sina.

Memulakan perkhidmatan selama 20 tahun di SMK Abu Bakar, beliau pernah memegang jawatan sebagai Guru Kanan Kemanusiaan dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran sebelum ditukarkan ke PPD Temerloh.

Sebelum berkhidmat di SMK Seri Tualang, beliau terlebih dahulu menerajui jawatan Pengetua di SMK Bukit Cermin dan SMK Temerloh Jaya.

Calon PMR dan SPM dinasihatkan untuk membuat persiapan yang rapi dengan memanfaatkan detik-detik terkhir sebelum menjelangnya peperiksaan”.

“Kepada semua pelajar, anggaplah hukuman sebagai pengajaran dan bukannya untuk mendera” ujarnya.

Beliau juga memohon maaf kepada semua guru dan kakitangan sekolah kerana mungkin tidak dapat memenuhi  semua keinginan mereka..

Jauh di mata..dekat di hati..

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: