Tarikh :
> 30 Ogos 2010 (Isnin)
Tempat :
> Dewan Makan Asrama
Anjuran :
> JK Asrama & KGKT
Majlis berbuka Puasa Perdana yang diadakan di Dewan Makan Asrama yang dihadiri oleh Pengetua, Puan Hajjah Amilia Binti Musa dan Pengarah PPD Temerloh serta keluarga diadakan pada 30 ogos 2010 disambut dengan sangat meriah. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada majlis tersebut ialah berbuka puasa, solat hajat, bacaan Yassin dan pemberian sumbangan kepada anak-anak yatim yang tinggal di asrama SMK Seri Tualang,
Tujuan majlis ini dijalankan adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara guru-guru, pentadbir sekolah, staf-staf sokongan serta para pelajar di SMK seri Tualang. Majlis ini berlangsung dengan jayanya dan para pelajar mengharapkan agar jamuan seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.
Leave a Reply