Berilmu..Beramal..Beristiqamah..

Sejarah

  • SMK Seri Tualang adalah sekolah menengah harian berasrama di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
  • SMK Seri Tualang mendapat nama sempena perkampungan berhampiran iaitu Kampung Tualang. Tualang merujuk kepada spesies pokok yang tinggi dan rimbun serta amat digemari lebah untuk membina sarang. Madu lebah pokok Tualang adalah madu yang bermutu tinggi dan paling mahal harganya.
  • Sekolah ini telah dipilih sebagai sekolah Model Khas bermula Januari 2004 dengan 52 orang pelajar Tahun 4 serta 3 orang guru. Sekolah Model Khas merupakan sekolah yang menggabungkan Tahap II pendidikan rendah dan pendidikan menengah di bawah satu pentadbiran. Di negeri Pahang sekolah Model Khas dikenali sebagaiĀ  Sekolah Indera Shahbandar Pahang (SISP)
  • SMK Seri Tualang dibuka pada 04.01.1999 Lokasinya di kilometer 7 jalan pintasan Temerloh-Mentakab. Sekolah ini merupakan salah sebuah Sekolah Rancangan Khas (SRK) di negeri Pahang. Sebahagian besar pelajarnya tinggal di asrama.
  • Pada masa kini terdapat 29 buah kelas dengan jumlah pelajar seramai 776 orang. Bilangan guru pula seramai 65 orang termasuk 2 orang kaunselor. SMK Seri Tualang memberi peluang kepada pelajar cemerlang dalam UPSR dan PMR yang tidak berpeluang ke mana-mana Sekolah Berasrama Penuh.
  • Sekolah ini beriltizam merealisasikan misi menjadikan pelajar sebagai insan yang prihatin, bertanggungjawab, proaktif, inovatif dan kreatif. Moto sekolah ini ialah Berilmu, Beramal dan Beristiqamah. Ciri-ciri tersebut akan disematkan kepada setiap pelajar dengan harapan supaya mereka menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: