Berilmu..Beramal..Beristiqamah..

Tarikh > 12 November 2010
Masa > 6.30 – 111.00 malam
Tempat > Dewan Ibnu Sina

Majlis ini julung kali diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada pelajar yang telah menyumbangkan tenaga kepada pihak sekolah sehinggalah beroleh kejayaan… Sebanyak 19 anugerah telah disampaikan, antaranya ialah Pelajar Terbaik Ko-kurikulum, Olahragawan & Olahragawati Sekolah, Pasukan Terbaik, Tokoh Pelajar Paling Disiplin dan lain-lain.. Tidak dilupakan, anugerah kecemerlangan turut disampaikan  kepada pelajar yang mendukung peranan sebagai imam dan bilal yang telah banyak memberikan sumbangan… Syabas dan Tahniah diucapkan..

Aturcara majlis diserikan lagi dengan persembahan pelajar yang sangat menghiburkan semua tetamu yang hadir.

Sebelum bersurai, video aktiviti sepanjang tahun 2010 ditayangkan..

Tarikh >  30 Oktober 2010
Tempat > Dewan Ibnu Sina, SMK Seri Tualang
Perasmian >  Prof. Madya Dato’ Dr Hj Hilmi Abd Rahman, Pengarah Kampus UiTM Pahang

Majlis ini dilaksanakan adalah untuk memberi motivasi kepada pelajar Tingkatan 5  2010 bagi menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun ini. Majlis ini akan memberi semangat serta pengalaman yang berguna  kepada mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Hal ini mewujudkan satu persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar yang akan menduduki peperiksaan  Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun ini.

Tarikh : 27 Oktober 2010

Tempat : Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh

Objektif program ini diadakan adalah untuk memberi keyakinan serta kemahiran kepada peserta dalam merancang, menyediakan  dan menyiapkan tugasan menggunakan kemahiran dalam ICT disamping mengembangkan pemikiran secara kreatif..

Pencapaian pertandingan:

i) Grafik digital : Tempat Pertama
ii) Membina Laman Web : Tempat Ketiga
iii) Explorace Jejak Maklumat : Tempat Ketiga

Tahniah.. diucapkan kepada para peserta..diharapkan usaha diteruskan dan dipertingkatkan lagi pada masa akan datang…

Tarikh > 1 Oktober 2010 (Jumaat)

Tempat > Dewan Ibnu Sina

Tarikh > 30 September 2010 (Khamis)

Tempat > Dewan Ibnu Sina

 

Warga SMK. Seri Tualang telah mengadakan suatu majlis khas untuk meraikan majlis pertukaran Tuan Pengetua, Pn. Hajjah Amilia Bt. Musa ke SMK. Abu Bakar, Temerloh setelah 3 tahun berkhidmat di SMK Seri Tualang.

Majlis dimulakan dengan jamuan makan malam yang turut disertai oleh guru, kakitangan sekolah, AJK PIBG serta pelajar.

Suatu majlis doa selamat turut diadakan selepas Solat Maghrib bertempat di Masjid Jamek SMK. Seri Tualang bagi mendoakan kesejahteraan beliau mereruskan khidmat bakti di sekolah yang merupakan tempat bermulanya karier beliau sebagai seorang pendidik.

Pelbagai ucapan, persembahan dan sumbangan hadiah diadakan sebagai tanda penghargaan terhadap beliau sepanjang berkhidmat di SMK. Seri Tualang.

Pn.Hajjah Amilia yang juga merupakan seorang Pengetua Cemerlang DG54 kelihatan tenang ketika menyampaikan ucapan  perpisahan di Dewan Ibnu Sina.

Memulakan perkhidmatan selama 20 tahun di SMK Abu Bakar, beliau pernah memegang jawatan sebagai Guru Kanan Kemanusiaan dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran sebelum ditukarkan ke PPD Temerloh.

Sebelum berkhidmat di SMK Seri Tualang, beliau terlebih dahulu menerajui jawatan Pengetua di SMK Bukit Cermin dan SMK Temerloh Jaya.

Calon PMR dan SPM dinasihatkan untuk membuat persiapan yang rapi dengan memanfaatkan detik-detik terkhir sebelum menjelangnya peperiksaan”.

“Kepada semua pelajar, anggaplah hukuman sebagai pengajaran dan bukannya untuk mendera” ujarnya.

Beliau juga memohon maaf kepada semua guru dan kakitangan sekolah kerana mungkin tidak dapat memenuhi  semua keinginan mereka..

Jauh di mata..dekat di hati..

 

Tarikh :

> 3 September 2010 (Jumaat)

Tempat :

> Masjid Jamek seri Tualang

 

Tarikh :

> 30 Ogos  2010 (Isnin)

Tempat :

> Dewan Makan Asrama

Anjuran :

> JK Asrama & KGKT

Majlis berbuka Puasa Perdana yang diadakan di Dewan Makan Asrama yang dihadiri oleh Pengetua, Puan Hajjah Amilia Binti Musa dan Pengarah PPD Temerloh serta keluarga diadakan pada 30 ogos 2010  disambut dengan sangat meriah.  Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada majlis tersebut ialah berbuka puasa, solat hajat, bacaan Yassin dan pemberian sumbangan kepada anak-anak yatim yang tinggal di asrama SMK Seri Tualang,

Tujuan majlis ini dijalankan adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara guru-guru, pentadbir sekolah, staf-staf sokongan serta para pelajar di SMK seri Tualang. Majlis ini berlangsung dengan jayanya dan para pelajar mengharapkan agar jamuan seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.

Tag Cloud

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.